Gambar hiasan

WASHINGTON- Microsoft sedang berbincang untuk mengambil alih TikTok, kata Presiden Donald Trump, pada isnin.

Masa depan aplikasi TikTok di Amerika Syarikat (AS) kekal tidak menentu susulan undang-undang AS yang mengarahkan syarikat itu melepaskan pemilikan syarikat induknya atau dilarang untuk beroperasi di republik berkenaan.

TikTok dimiliki syarikat China, ByteDance.

“Saya katakan (khabar angin pengambilan alih) itu benar.

“Terdapat banyak terhadap TikTok, memang ada minat besar terhadap TikTok,” katanya semasa berada di pesawat Air Force One.

Beliau menyatakan bahawa “perang bidaan” juga akan menjadi perkembangan yang baik.

Undang-undang yang melarang operasi platform perkongsian video itu mula berkuatkuasa pada 19 Januari lalu.

Ia susulan kebimbangan terhadap kemungkinan kerajaan China mengeksploitasi aplikasi tersebut untuk mengintip rakyat Amerika atau mempengaruhi pendapat awam AS secara rahsia.

Namun, Trump telah menangguhkan pelaksanaannya selama dua setengah bulan untuk mencari penyelesaian dengan Beijing.

Microsoft adalah antara pembeli berpotensi yang mempunyai alasan untuk melabur dalam TikTok, kata Angelo Zino dari CFRA Research.

Beliau percaya Microsoft “berkeinginan untuk lebih mendalam dalam ruang iklan digital.” TikTok sementara waktu menghentikan operasinya di Amerika Syarikat apabila tarikh akhir undang-undang tersebut semakin hampir.

Trump kemudian berjanji akan mengeluarkan perintah eksekutif sebaik sahaja beliau memegang jawatan untuk menangguhkan larangan itu bagi memberi masa untuk “mencapai perjanjian.”

TikTok kemudiannya memulihkan perkhidmatannya di negara tersebut, memberi kredit kepada Trump kerana menjadikan perubahan itu mungkin — walaupun pentadbiran Biden sebelum ini telah menyatakan bahawa ia tidak akan menguatkuasakan sebarang larangan.

Semasa penggal pertamanya di White House, Trump pernah cuba untuk melarang TikTok di Amerika Syarikat atas kebimbangan keselamatan negara.- AFP

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here