Pembantu Tadbir JPPM didakwa di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Seorang pembantu tadbir Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengemukakan borang perolehan Perkhidmatan Juru Runding Bagi Oasis Ilmu Bilangan 3 Tahun 2022 palsu berjumlah RM2,150.

Beliau membuat pengakuan tersebut di depan Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi dekat sini hari ini.

Berdasarkan pertuduhan, Khairol Nizam Mohd Nopus, 39, pada Mac 2022 memperdayakan prinsipalnya menerusi satu Borang Permohonan Untuk Perolehan Bekalan / Perkhidmatan / Kerja JPPM yang ditandatanganinya dengan tujuan mengelirukan apabila ia mengandungi butiran mengenai Perkhidmatan Juru Runding Bagi Oasis Ilmu tidak pernah dilaksanakan.

Oleh itu, lelaki tersebut dituduh melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta yang sama.

Terdahulu pegawai pendakwa T. Selvam mewakili Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) manakala tertuduh diwakili oleh peguam, Rejinder Singh.

Susulan pengakuan tidak bersalahnya, mahkamah menetapkan tertuduh membayar jaminan sebanyak RM12,000 dan diperintahkan untuk menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Sementara itu, tarikh sebutan kes ditetapkan pada 14 Mac ini.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here