KUALA LUMPUR – Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mempersoalkan langkah MCA Johor yang mempertikaikan keperluan bajet untuk pembangunan al- quran dan bantuan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan bantuan tol sempena Tahun Baharu Cina.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO berkata, beliau menerima hantaran seperti itu daripada rakannya sejurus tiba di tanah suci Mekah, hari ini.
“Pagi ni bila saya sampai di Mekah dapat hantaran dari kawan mengenai kenyataan MCA Johor.
“Saya nak tegaskan kepada MCA Johor, kenapa perlu pertikaikan bajet untuk pembangunan al- Quran dan bantuan Jakim dan dibandingkan dengan bantuan tol sempena Tahun Baharu Cina?
“Seolah-olah perkara yang dilaksanakan oleh kerajaan yang Islam adalah agama Persekutuan untuk membantu umat Islam itu diperlekehkan
“Apakah niat di sebalik kenyataan ini? Nak membangkitkan rasa marah di kalangan rakyat?
“Kalau kamu nak marah sebab tak dapat tol percuma, itu kamu punya pasal lah,tapi jangan sampai pertikaikan bantuan kepada umat Islam. Itu namanya bodoh dan bangang!,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.
Dalam pada itu Akmal berkata, MCA Johor boleh memadam kenyataan yang dibuat berhubung perkara itu.
Bagaimanapun katanya, pergerakan Pemuda UMNO mendesak MCA Johor untuk memohon maaf dalam tempoh 24 jam.
Katanya, jika permohonan maaf itu tidak dilakukan laporan polis akan dibuat.
“Cukuplah dengan pemikiran yang bodoh ini yang tidak habis-habis agama Islam seolah-olah diperlekehkan!!
“Tidak kira siapa kamu, jika dengan pemikiran sebegini, kami akan lawan habis-habisan,” tegasnya. – MalaysiaGazette