Abrar Sadiq

KUALA LUMPUR – Tindakan segelintir pemimpin Pas melemparkan tuduhan palsu telah mencemarkan nama baik Islam.

Ia juga merosakkan kepercayaan rakyat terhadap politik yang sepatutnya menjadi medan mendidik dan menyatukan umat, kata Pengarah Komunikasi Pemuda AMANAH Pulau Pinang, Abrar Sadiq.

Beliau yang juga Ketua Pemuda AMANAH Kepala Batas itu merujuk kepada kes Ahli Parlimen Kepala Batas, Mastura Muhammad yang telah diarahkan membayar saman fitnah sebanyak lebih RM800,000 atas tuduhan palsu yang mengaitkan seorang pemimpin DAP.

“Keputusan mahkamah ini menunjukkan bagaimana budaya fitnah hanya membawa kepada kehancuran integriti,” katanya.

Satu lagi, menurut Abrar, kenyataan Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria yang menuduh pemimpin DAP, Hannah Yeoh adalah sebahagian daripada keluarga keluarga Pengasas Kumpulan YTL, mendiang Tan Sri Dr Yeoh Tiong Lay.

“Tuduhan ini ternyata tidak berasas sama sekali dan menyimpang daripada fakta sebenar,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, kejadian itu bukti bahawa sebahagian pemimpin Pas lebih mengutamakan agenda peribadi dan politik sempit berbanding kepentingan ummah.

“Sebaliknya, perbuatan ini hanya menguntungkan pihak yang mereka sendiri sering serang, seperti DAP, dengan memberi
peluang kepada mereka untuk memperolehi pampasan besar hasil tindakan undang-undang,” ujarnya.

Beliau menyeru semua ahli Pas yang kecewa dengan budaya fitnah dan politik tidak beretika untuk menyertai AMANAH.

“Di AMANAH, kami mengamalkan politik berteraskan akhlak mulia, kejujuran dan kebenaran sesuai dengan ajaran Islam yang sebenar. Politik tidak harus menjadi alat untuk menjatuhkan lawan dengan fitnah tetapi untuk membina masyarakat yang harmoni dan adil,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here