KUALA LUMPUR- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan sangat lebat berterusan paras bahaya berlaku di beberapa daerah di Sarawak seperti Kuching, Serian, Samarahan, Sarikei (Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu (Tatau dan Bintulu) dan Miri (Subis) sehingga Jumaat, 31 Januari ini.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan jam 8 pagi tadi, MetMalaysia turut meramalkan hujan berterusan (buruk) bakal berlaku di Sri Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Sebauh) dan Miri (Beluru, Miri dan Marudi).
Cuaca yang sama diramal berlaku di Sabah iaitu di kawasan Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.
Manakala amaran hujan berterusan paras waspada dikeluarkan bagi negeri Sabah meliputi kawasan Pedalaman (Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod).
Cuaca buruk berkenaan diramal berlaku sehingga 31 Januari ini. -MalaysiaGazette