Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berucap pada Program Forum Serantau YAPEIM (FSY) 2024 di Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 01 OKTOBER 2024

KUALA LUMPUR – Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) akan melaksanakan Program Nikmat Untuk Rakyat PETRA (NUR@PETRA) dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM70 juta yang dibiayai oleh Kementerian Kewangan dan dana Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE). 

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, program NUR@PETRA merupakan kesinambungan daripada kejayaan pelaksanaan Program Sustainability Achieved Via Energy Efficiency(SAVE) yang sebelum ini terhad kepada pengguna elektrik domestik.

Katanya, program tersebut telah dijenamakan semula serta diperluaskan manfaat dan kumpulan sasarnya merangkumi pihak industri, komersial termasuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

“Program NUR@PETRA menawarkan tiga kategori e-rebar, kategori pertama dikhaskan untuk pengguna domestik dengan tawaran e-rebat sehingga RM400 untuk pembelian penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga berlabel empat atau lima bintang oleh Suruhanjaya Tenaga dan diperuntukkan sebanyak 200,000 unit rebat secara ‘first come first served basis’.

“Kategori kedua dikhaskan untuk PMKS dengan pemberian e-rebat sehingga RM4,000 untuk pembelian penyaman udara peti sejuk cekap tenaga berlabel empat atau lima bintang dan menjangkakan hampir 1,250 premis PMKS akan mendapat manfaat daripada program ini.

“Bagi kategori ketiga pula, menawarkan e-rebat khusus untuk pengguna elektrik industri dan komersial bagi pembelian pendingin (chiller) cekap tenaga untuk kegunaan penyaman udara (comfort cooling) sahaja. Lebih 300 entiti perniagaan akan berpeluang menerima manfaar ini dalam sektor industri dan komersial,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Fadillah, permohonan e-rebart untuk Program NUR@PETRA bagi kategori pertama akan dibuka pada 31 Januari ini, kategori kedua mulai 15 Februari dan permohonan rebat kategori ketiga pula pada 1 Mac depan.

“Pelaksanaan Program NUR@PETRA ini mampu menjimatkan penggunaan tenaga elektrik sebanyak 3,910 Gigawatt jam bersamaan dengan RM2.23 bilion bagi tempoh 10 tahun.

“Malah akan menyumbang kepada pengurangan sebanyak 3.0 juta tan karbon dioksida, tertakluk kepada jangka hayat dan kecekapan pengoperasian peralatan berkenaan,” ujarnya,.

Maklumat lanjut mengenai kriteria, kelayakan, cara permohonan, mekanisma pelaksanaan serta senarai jenama dan model kelengkapanelektrik cekap tenaga di bawah Program NUR@PETRA boleh didapati dengan melayari laman sesawang rasmi di pautan www.seda.gov.my/nur . – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here