Foto Instragram ameeraahbolkiahh.

KUALA LUMPUR – Bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim mengakui sakit menanggung rindu berterusan buat anak perempuannya, Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah yang kini menyambut ulang tahun kelahiran ke-17.

Namun pada masa sama, Azrinaz, 46, meluahkan rasa terharu melihat Ameerah membesar sebagai insan hebat yang seakan-akan mengikuti perwatakan dirinya.

“17 tahun berlalu tetapi rasanya seperti baru semalam. Saya menahan sakit merindui awak selama ini, kerinduan yang tidak pernah reda.

“Melihat awak membesar menjadi seorang insan yang luar biasa seperti melihat cerminan diri saya, awak adalah saya dan saya adalah awak,” katanya dalam hantaran Instagram milikbya.

Bekas wartawan penyiaran TV3 itu turut berharap puterinya lebih maju ke hadapan selain memuji kecantikan gadis itu.

“Dalam kelas tersendiri, kecantikan awak tidak pernah berhenti memukau saya. Terbang tinggi puteri kesukaan dunia saya. Saya bangga memanggil awak milik saya,” tuturnya.

Azrinaz sebelum ini pernah bergelar menjadi isteri kedua Sultan Brunei pada tahun 2005 namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama lima tahun.

Selain Ameerah, Azrinaz mempunyai seorang lagi cahaya mata bersama Sultan Brunei bernama Pengiran Muda Abdul Wakeel, 19.

Azrinaz kembali bergelar isteri kepada Firoz Khan Abdul Hamid yang juga bekas rakan sekerjanya di TV3 pada 1 Mei 2018.

Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Areesya Malaykha, 6 dan Atheera Medinah, 4. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here