Irwan Fahmi Ideris

KUALA LUMPUR – “Apakah kerajaan kini bergantung dengan China?, soal Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Persoalan itu dikemukakan susulan tular klip video sambutan Tahun Baharu Cina di ibu negara dengan terpapar bersama bendera negara China baru-baru ini.

Ketua Penerangannya, Irwan Fahmi Ideris menyifatkan apa yang sedang dilakukan oleh kerajaan hari ini tidak boleh diterima oleh semua rakyat.

“Ini satu tindakan yang tidak boleh diterima oleh semua rakyat apabila sambutan Tahun Baru Cina di Malaysia berkibarnya bendera China?

“Apakah yang sedang berlaku hari ini di dalam Malaysia?

“Hampir semua adat dan budaya dari negara China hendak dibawa masuk ke dalam negara kita. Apakah identiti negara kita sedang dihapuskan sedikit demi sedikit?” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Berdasarkan pemerhatiannya beliau mendakwa, Perkasa merasakan Kerajaan Madani telah gagal mengurus negara kerana kesilapan yang sama ataupun mahu menjadikan Malaysia sebahagian daripada China.

Ditambah pula dengan harapan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang merupakan Timbalan Perdana Menteri supaya lebih ramai pelancong dari negara China akan datang ke Malaysia.

“Perkasa ingin bertanya, mengapa seruan ini hanya ditujukan kepada rakyat dari tanah besar China?

“Apakah pelancong dari negara lain tidak mendatangkan keuntungan kepada Malaysia? Atau apakah ada agenda tersembunyi yang sedang disembunyikan oleh pihak kerajaan?” soal beliau lagi.

Dalam pada itu, Irwan Fahmi berkata, Perkasa menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim memecat menteri pelancongan yang didakwa sudah menjadi Menteri Pelancongan Negara China secara tidak rasmi kerana telah melakukan pengkhianatan terhadap negara dan tidak menjalankan tugas membawa  nama Malaysia ke persada dunia.

Dakwanya lagi, menteri tersebut lebih membawa kepada imej, adat dan budaya seolah-olah Malaysia sebahagian daripada negara China. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here