Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes penipuan di Serdang, Selangor telah ditahan dalam satu operasi khas yang dijalankan oleh pihak polis di Batu 3, Jalan Apas, Tawau, Sabah, kira jam 11.10 malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Polis Jasmin Hussin berkata, suspek berusia 46 tahun itu berjaya dikesan hasil risikan dan maklumat yang diperoleh.

“Suspek dipercayai terlibat dalam kes penipuan pelaburan melibatkan kerugian mencecah RM407,500 di Serdang, Selangor.

“Lelaki berkenaan kini ditahan untuk siasatan lanjut” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Jasmin turut tidak menolak kemungkinan suspek terlibat dalam kes-kes penipuan lain.

“Walau bagaimanapun, siasatan masih sedang berjalan bagi mengenal pasti rangkaian kegiatan jenayah yang mungkin ada kaitan dengan individu berkenaan,” tambahnya.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 420 KK, yang boleh membawa kepada hukuman penjara sehingga 10 tahun, sebatan, dan denda jika disabitkan bersalah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here