Isteri kepada pelakon dan pelawak yang dikenali sebagai Along Cham, Afreena Suhaimi tiba di mahkamah untuk pendakwaan terhadap suaminya di Mahkamah Sepang. Foto SADIQ SANI, 20 DISEMBER 2024

KUALA LUMPUR –  Sepasang suami isteri telah ditahan polis susulan kes penipuan bernilai RM95,180 membabitkan laporan dibuat isteri kepada pelawak, Along Cham iaitu Afreena Suhaimi semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya melakukan tangkapan ke atas suami isteri berusia lingkungan 20-an di kediaman mereka di Salak Tinggi, Sepang, malam tadi.

“Susulan tangkapan itu, polis telah memohon reman ke atas mereka di Mahkamah Kajang.

“Reman ke atas mereka dikenakan bermula hari ini yang mana wanita terbabit dikenakan empat hari manakala suaminya direman tiga hari,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Hussein, sehingga kini tiga individu telah dirakam keterangan termasuk isteri kepada Along Cham bagi membantu siasatan lanjut.

Terdahulu, MalaysiaGazette melaporkan polis telah menerima laporan daripada Afreena Suhaimi berhubung kes penipuan dana berjumlah hampir RM100,000.

Afreena dilaporkan berkata, wang itu diserahkan dengan niat untuk membantu membebaskan suaminya daripada tahanan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, laporan telah dibuat wanita terbabit di daerah Kajang, Selangor. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here