Tunku Ismail Sultan Ibrahim

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengkritik sesetengah pihak yang tidak membayar gaji pemain bola sepaknya termasuk pengurusan kelab yang terus memberi alasan di sebalik kegagalan mengendalikan pasukan dengan baik.

Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu turut membangkitkan isu kehadiran penyokong ke stadium yang semakin berkurangan hingga menjadi perbincangan peminat bola sepak tanah air dan  memberikan sebab mengapa ia berlaku.

“JDT menang, stadium dan padang kurang cantik, pemain pasukan tak dapat gaji, pemain tiada gaji dan tak bersemangat, musim hujan, orang-orang jaga kelab tak peduli dan lain-lain.

“Senang cerita macam ini. Kalau rumah jiran kita cantik dan rumah kita tak terurus, gila ke kita nak bakar seluruh kawasan perumahan? Ibarat rumah tak terurus dan tak cantik, ajak orang ramai-ramai duduk di hutan.” katanya menerusi hantaran di laman X.

Tunku smail turut menggesa agar Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) segera memperkenalkan Financial Fair Play dan juga mengasingkan badan pengadil.

“Sendiri tak bayar gaji salahkan FAM dan MFL. Kenalkan Financial Fair Play dengan segera, Badan pengadil mesti bebas dan bukan di bawah FAM.

“Tak puas hati juga, bayarlah pengadil luar negara. 11 tahun macam-macam alasan dan konspirasi. Ibarat pasukan Bundesliga semua ajak ramai-ramai boikot liga kerana tak boleh mencabar Bayern Munich. Pemikiran adalah segalanya,” sindirnya.

Masalah tunggakan gaji terus menghantui pasukan Liga Malaysia yang mana beberapa pasukan gagal untuk membayar gaji pemain dan pegawai pasukan sehingga beberapa bulan.

Isu berkenaan mengakibatkan pemain import meninggalkan pasukan, selain pasukan yang menghadapi masalah tunggakan gaji menampilkan prestasi buruk dalam saingan liga. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here