Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan (dua kanan) menunjukan wang yang dirampas ketika sidang media di Mes Pegawai Kanan Polis IPK Selangor, Shah Alam. Foto HARI ANGGARA, 31 JANUARI 2025.
SHAH ALAM – Enam ‘keldai akaun’ ditahan dipercayai terlibat dalam sindiket pengeluaran wang tunai dengan menggunakan kad mesin pengeluaran automatik (ATM) di sekitar Lembah Klang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, mereka diberkas bersama seorang warga Vietnam yang membawa kepada rampasan wang tunai berjumlah RM200,000.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita berbangsa Cina dan seorang wanita warganegara Vietnam.

“Dalam tangkapan itu, polis juga telah merampas sebanyak 10 unit telefon bimbit pelbagai jenama, wang tunai berjumlah RM200,000 dan 122 keping kad ATM pelbagai bank yang dipercayai digunakan oleh sindiket untuk menjalankan aktiviti penipuan atas talian,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini, hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan (dua kanan) menunjukan wang yang dirampas ketika sidang media di Mes Pegawai Kanan Polis IPK Selangor, Shah Alam. Foto HARI ANGGARA, 31 JANUARI 2025.

Mengulas lanjut, Hussein Omar berkata, siasatan awal mendapati modus operandi yang digunakan sindiket terbahagi kepada tiga yang mana mereka akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan.

Jelas beliau, selepas itu semua arahan akan disampaikan melalui Group Telegram dan WhatsApp terlebih dahulu sebelum menerima kad-kad ATM daripada ‘runner’.

Menurutnya, ahli sindiket kemudiannya akan mengeluarkan wang tunai melalui mesin-mesin ATM di sekitar Lembah Klang dengan menggunakan kad ATM tersebut.

“Ahli sindiket dikehendaki mengeluarkan wang tunai melalui mesin ATM sehingga mencapai sasaran RM200,000 setiap hari.

“Kemudian wang tunai tersebut akan diserahkan kepada ‘runner’ atau 34 ahli sindiket yang lain untuk pelbagai tujuan penipuan termasuk pembelian mata wang digital (USDT),” ujarnya

Beliau memberitahu, siasatan dijalankan di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi 10 tahun dan sebatan atau denda atau ketiga-tiganya,” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here