@malaysiagazette Seorang warga emas lelaki ditahan hari ini selepas mengesan video tular sebuah Perodua Axia dipandu melawan arus di Lebuhraya Lekas kira-kira jam 11.30 pagi tadi. Ketua Polis Daerah Nilai, Supritendan Abdul Malik Hasim berkata, siasatan awal mendapati lelaki berusia 72 tahun itu memandu secara melawan arus di lebuh raya berkenaan untuk pulang ke rumah. Menurutnya, kes telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 42(1) APJ 1987. FaktaKes MalaysiaGazette
KUALA LUMPUR – Seorang warga emas lelaki ditahan hari ini selepas mengesan video tular sebuah Perodua Axia dipandu melawan arus di Lebuhraya Lekas kira-kira jam 11.30 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Nilai, Supritendan Abdul Malik Hasim berkata, siasatan awal mendapati lelaki berusia 72 tahun itu memandu secara melawan arus di lebuh raya berkenaan untuk pulang ke rumah.
Menurutnya, kes telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 42(1) APJ 1987.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta untuk tampil membantu siasatan dengan menyalurkan maklumat kepada pihak Polis Daerah Nilai di talian 06-7904389 (Pusat Kawalan Daerah Nilai) atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai, Insp. Sharveen Raj a/l Balachandran di talian 011-26176424. – MalaysiaGazette