Salah satu permainan di Sky i-City, Shah Alam.

KUALA LUMPUR – Orang ramai dan pengunjung yang telah membeli tiket untuk ke Sky i-City boleh menukar tiket mereka ke tarikan lain di i-City susulan penutupan operasi kawasan itu oleh Majlis Perbandaran Shah Alam (MBSA).

Mereka juga boleh minta wang dikembalikan semula dengan menghubungi 03-5521 8800, kata jurucakap Sky i-City.

Tambahnya, Sky i-City berusaha untuk beroperasi semua dengan segera kerana menyokong kempen Melawat Selangor 2025 dan Melawat Malaysia 2026.

“Kami kekal komited dalam menyokong Visit Selangor 2025 dan dan Visit Malaysia 2026 serta mempromosikan Selangor sebagai destinasi pelancongan utama,” kata jurucakap tersebut dalam kenyataan pendek.

Sky i-City membuat kenyataan tersebut selepas MBSA mengesahkan ia telah mengeluarkan notis amaran dan kompaun terhadap operasi Sky i-City.

MBSA dalam kenyataan petang tadi mendakwa taman tema i-City masih meneruskan operasi gelongsor air kaca walaupun sudah mengeluarkan amaran dan kompaun.

MBSA berkata, sebanyak enam notis amaran dan satu kompaun dikeluarkan tahun lalu hingga 23 Januari 2025.

Operasi sky i-City menjadi isu selepas seorang pengunjung cedera Rabu lalu apabila pelampung permainan gelongsor air kaca Sky City di taman tema itu dipercayai terjatuh dari penyangkut lalu menimpanya.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan sudah dibuat selepas menerima laporan yang dibuat pada jam 1 pagi tadi susulan video tular di media sosial. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here