Pengunjung dari dalam dan luar negera menghabiskan cuti hujung minggu mereka dengan mengunjung ke Jonker Walk ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Melaka.

MELAKA – Kewujudan satu Jonker Walk di Jalan Hang Jebat di sini sejak 25 tahun lalu sudah cukup untuk menampung kedatangan pelancong ke negeri ini.

Sehubungan itu, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, Melaka tidak memerlukan lagi Jonker Walk 2.0 untuk merancakkan sektor pelancongan negeri.

Abdul Razak Abdul Rahman

“Tiada keperluan Jonker Walk 2.0 ini lebih-lebih lagi di Jalan Hang Tuah.

“Jonker Walk sedia ada (di Jalan Hang Jebat) sudah cukup untuk tampung pelancong,” katanya melalui status yang dimuat naik di Facebook (FB) rasminya malam ini.

Artikel berkaitan: DAP Melaka tetap teruskan cadangan Jonker Walk 2.0

Cukup-cukuplah pembangkang ‘panaskan’ isu Jonker Walk – Rais

Majukan identiti Hang Tuah Mall, tak perlu bawa konsep Jonker Walk – Peniaga

Jonker Walk 2.0: ADUN Kota Melaka tidak hormat budaya, sejarah negara

Jonker Walk 2.0: DAP jangan ganggu Jalan Hang Tuah – Dr Yadzil

Jonker Walk 2.0 di Jalan Hang Tuah perlu kajian lanjut – Exco

DAP cadang wujudkan Jonker Walk 2.0 di Jalan Hang Tuah

MalaysiaGazette hari ini melaporkan DAP Melaka akan tetap meneruskan cadangan untuk mewujudkan pasar malam berkonsepkan Jonker Walk di Hang Tuah Mall, Jalan Hang Tuah biar pun mencetuskan kontroversi dalam kalangan masyarakat.

Setiausaha Organisasinya Low Chee Leong berkata, pasar malam seperti Jonker Walk atau Jonker Walk 2.0 itu bagaimanapun  terdiri daripada pelbagai kaum dan bukanlah didominasi kaum Cina sahaja.

 

Tangkap layar dari FB rasmi Abdul Razak

 

Menurutnya, cadangan mewujudkan Jonker Walk 2.0 yang disuarakan 25 Januari lalu adalah susulan kejayaan Jonker Walk di Jalan Hang Jebat sejak 25 tahun dulu sehingga terkenal di seluruh dunia.

Sejak itu, cadangan mencetuskan kontroversi itu mendapat pelbagai reaksi pemimpin, masyarakat selain peniaga yang rata-ratanya menolak cadangan itu.

Mereka berpandangan tidak perlu menjenamakan semula kawasan perniagaaan majoriti Melayu itu dengan konsep Jonker Walk yang turut mendapat jolokan China Town. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here