Ahmad mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa UMNO Bahagian Pontian di Dewan Serbaguna Benut, Pontian hari ini.

PONTIAN – Sumbangan veteren UMNO di kawasan masing-masing wajar diiktiraf dengan melantik mereka sebagai pengerusinya sebagai ahli jawatankuasa bahagian parti tersebut.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, langkah itu sejajar dengan pelantikan Pengerusi Veteran UMNO Malaysia, Datuk Osman Desa sebagai Ahli MKT parti berkenaan.

“Jasa ahli-ahli Veteran UMNO perlu diiktiraf kerana mereka turut sama membantu melancarkan gerak kerja kempen pada setiap kali diadakan pilihan raya diadakan.

“Kesetiaan mereka (veteran) kepada UMNO juga terbukti apabila mereka terus memberikan sokongan kepada kepimpinan yang ada pada hari ini tanpa berbelah bahagi,” katanya.

Timbalan Pengerusi UMNO Johor itu berkata demikian ketika ditemui sebelum mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa UMNO Bahagian Pontian di Dewan Serbaguna Benut di sini hari ini.

Pada 25 November lalu, Othman dilantik sebagai ahli MKT yang diumumkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Pelantikan itu merupakan satu penghargaan dan pengiktirafan terhadap Veteran UMNO yang memainkan peranan penting dalam mempertahan dan memperkukuhkan parti selama ini.

Dalam pada itu, Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya memberitahu, beliau sendiri akan menulis surat kepada MKT UMNO supaya cadangan itu mendapat perhatian Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Jelas Ketua UMNO Bahagian Pontian itu, pelantikan Pengerusi Veteren UMNO di setiap bahagian sebagai ahli jawatankuasa UMNO bahagian akan memudahkan lagi penyampaian maklumat kepada ahli-ahli Veteran UMNO di tempat masing-masing.

“Veteran UMNO juga mempunyai organisasi yang lengkap dari bahagian, negeri dan Pusat sekaligus memudahkan mereka menyusun agenda bagi membantu parti sepanjang masa,” ujarnya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here