Imej udara menunjukkan rumah rosak dan musnah akibat kebakaran Eaton di kejiranan Altadena di daerah Los Angeles, California pada 30 Januari 2025. foto AFP

LOS ANGELES – Dua kebakaran hutan yang dahsyat di Los Angeles diisytiharkan dikawal sepenuhnya oleh anggota bomba selepas terbakar lebih tiga minggu selepas mengorbankan kira-kira 30 orang dan menyebabkan ribuan lagi kehilangan tempat tinggal.

Kebakaran Palisades dan Eaton di Los Angeles County, California Selatan adalah bencana paling dahsyat dalam sejarah bandar kedua terbesar Amerika Syarikat itu.

Ia memusnahkan kawasan seluas lebih 150 kilometer persegi dan melebihi 10,000 rumah, menyebabkan kerosakan dianggarkan mencecah ratusan bilion dolar.

Cal Fire, agensi pemadam kebakaran negeri, mengemas kini angka di laman webnya menunjukkan dua kebakaran besar itu telah 100 peratus dibendung.

Arahan pemindahan telah ditarik balik lebih awal, dengan kebakaran tidak menimbulkan ancaman serius selama beberapa hari.

Kedua-dua kebakaran bermula pada 7 Januari lalu dan punca sebenar masih dalam siasatan.

Tetapi perubahan iklim yang mengakibatkan kemarau, tumbuh-tumbuhan kering dan tiupan angin Santa Ana yang kuat telah mencetuskan kebakaran itu.

Kajian yang dijalankan oleh berpuluh-puluh penyelidik menyimpulkan kebakaran  disebabkan oleh pemanasan global daripada pembakaran bahan api fosil.

Firma meteorologi swasta AccuWeather telah menganggarkan kerosakan dan kerugian ekonomi antara AS$250 bilion dan AS$275 bilion. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here