Yahaya Othman

KUANTAN – Seorang mahasiswa mengalami kerugian RM147,000 setelah terpedaya dengan sindiket penipuan yang menyamar sebagai pihak ‘Shoppe’ dan pegawai polis.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, mangsa berusia 20 tahun dihubungi suspek pada 23 Januari.

“Mangsa telah menerima panggilan telefon daripada pihak ‘Shopee’ dan menyatakan bahawa mangsa mengiklankan barangan menyalahi undang-undang.

“Panggilan telefon disambungkan kepada polis dan kemudiannya suspek memaklumkan bahawa mangsa terlibat dengan pengubahan wang haram.

“Suspek meminta mangsa membuat pemindahan wang bagi mengelakkan mangsa ditangkap dan membershkan rekod mangsa daripada kes jenayah.

“Mangsa telah membuat pemindahan sebanyak RM47,000 ke tiga akaun berbeza,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Sementara itu, pada 30 Januari lalu, mangsa telah diarahkan untuk menyerahkan barang kemas milik ibunya bernilai RM100,000 kepada seorang perempuan yang tidak dikenali berhampiran kawasan rumahnya.

Mangsa mula menyedari ditipu apabila ibu mangsa mempersoalkan kehilangan barang kemas dan kekurangan wang simpanan dalam akaun banknya, ujar beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast