Amirudin Shari

SEKINCHAN – Kerajaan Selangor akan memanggil pihak pengurusan sebuah taman tema terkenal di Shah Alam berikutan insiden seorang pengunjung cedera tertimpa pelampung permainan gelongsor air kaca yang terjatuh pada Rabu lepas.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pertemuan berkenaan adalah untuk menjawab beberapa persoalan berbangkit antara lain membabitkan isu keselamatan sebelum tarikan terbaharu taman tema itu dibenarkan beroperasi semula.

“Buat masa ini operasinya dihentikan. Jika mereka memenuhi spesifikasi ditetapkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan permohonan seterusnya kita teliti semula aspek keselamatan, baru ia akan dibenarkan beroperasi semula,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Sambutan Perayaan Thaiponggal 2025 Peringkat Negeri Selangor di sini hari ini.

Artikel berkaitan: MBSA sudah keluarkan amaran dan kompaun, taman tema ingkar

Polis siasat insiden pelampung jatuh dari gelongsor air kaca di Shah Alam

Pembeli tiket Sky i-City boleh dapatkan wang semula

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan seorang pengunjung cedera tertimpa pelampung permainan gelongsor air kaca yang terjatuh di sebuah taman tema di Seksyen 7, Shah Alam pada malam 29 Jan lepas.

Susulan itu, MBSA menerusi kenyataan pada 31 Jan lepas turut mengesahkan telah mengeluarkan sembilan notis terhadap taman tema berkenaan, antaranya membabitkan tiga notis amaran pada 14 Nov 2024 dan satu notis amaran pada 19 Jan lepas. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here