Ahmad Farhan Fauzi menyampaikan sumbangan daripada Perdana Menteri kepada Mohammad di Kampung Chengal Lempong.

KUALA LUMPUR- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada seorang bapa tunggal yang menyara lima anak di Kampung Chengal Lempong, di Kuantan, Pahang.

Mohammad menyara anak-anaknya dengan melakukan kerja-kerja kampung tanpa sebarang pendapatan tetap.

Keadaan rumah yang didiami Mohammad bersama lima anaknya, di

Sumbangan wang tunai dan bakul makanan itu disampaikan kepada bapa tunggal itu oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi bagi membantu meringankan beban keluarga itu.

“Alhamdulillah, sempat bertemu dengan Encik Mohammad semasa berada di Kampung Chengal Lempong, Kuantan, Pahang,” kata Ahmad Farhan dalam hantaran di Facebook.

Kata beliau, dengan kerjasama Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Pahang, bantuan untuk membaik pulih rumah keluarga ini telah dirangka dan akan dilaksanakan.

“Saya mendoakan keluarga Encik Mohammad sentiasa berada dalam lindungan-Nya dan semoga bantuan ini akan dapat meringankan sedikit sebanyak beban yang dihadapi keluarga ini,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here