KUALA LUMPUR – Srikandi Bersatu Malaysia mengumumkan pelancaran Pelan Tindakan Strategik Srikandi (PTSS) 2025 – 2027 sebuah inisiatif menyeluruh yang dirangka bagi memperkasa wanita Malaysia dalam bidang politik, ekonomi, keselamatan, Kesihatan, pendidikan dan latihan.
Majlis pelancaran itu disempurnakan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi.
Ia menandakan komitmen parti dalam memperkukuhkan peranan wanita sebagai agen perubahan dalam pembangunan negara.
Berdasarkan lima teras utama iaitu politik, ekonomi, keselamatan dan perlindungan, kesihatan dan kesejahteraan serta pendidikan dan Latihan, PTTS menetapkan hala tuju strategik yang jelas dengan objektif utama memperkasa wanita Malaysia dalam semua aspek kehidupan melalui program-program yang terpilih.
Antara program yang direkabentuk untuk merealisasikan hasrat tersebut termasuklah melancarkan Pusat Khidmant Srikandi Bersatu Malaysia dan PodCast “We Hear You”.
Ketua Srikandinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, PTSS bukan sekadar dokumen dasar tetapi, satu peta jalan untuk membentuk masa dapan wanita Malaysia yang lebih progresif, inklusif dan berdaya saing.
Katanya, dengan penekanan kepada akauntabiliti, ketulusan serta keberkesanan pelaksanaan, setiap inisiatif akan dipantau melalui petunjuk prestasti utama (KPI) bagi memastikan impak yang menyeluruh dan berterusan.
Ujar beliau Pusat Khidmat Srikandi Malaysia yang pertama di Melaka juga dilancarkan di Bukit Katil yang merupakan salah satu komponen dalam menyediakan kemudahan studio untuk tujuan media sosial.
Di bawah Biro Penerangan dan Publisiti melancarkan PODCAST We Hear You ‘WHY’.
“Srikandi Bersatu Malaysia percaya bahawa melalui pelan Tindakan ini, lebih ramai Wanita akan diberdayakan untuk memainkan peranan signifikan dalam membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara yang lebih adil dan Makmur,” katanya dalam kenyataan. – MalaysiaGazette