KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menerima kunjungan daripada pendakwah terkenal Amerika Syarikat, Dr Omar Suleiman, hari ini.
Menerusi perkongsian beliau di laman Facebook, Anwar memberitahu satu perbincangan telah diadakan satu perbincangan berkaitan gencatan senjata di Gaza.
Selain itu, kedua-dua mereka juga ada membincangkan tentang situasi terkini perkembangan Islam di bawah kepimpinan Presiden Baharu Amerika Syarikat, Donald Trump.
“Satu diskusi berkaitan peranan Malaysia dalam menegakkan mesej Islam yang inklusif dan sederhana turut diadakan.
“Selain itu, Omar telah menyampaikan penghargaan terhadap usaha Malaysia melalui platform multilateral dalam program pembangunan semula Gaza yang kini sedang digiat dirancang sebaik-baiknya,” katanya menerusi Facebook. – MalaysiaGazette