Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Polis telah menemui sebuah rangka yang dipercayai milik manusia di sebuah ladang sawit di Siliau, Port Dickson, pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Muhamad Mustafah Hussin berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada orang awam berkenaan penemuan rangka itu kira-kira jam 10.00 pagi, hari ini.

“Kejadian itu disedari oleh orang awam yang ingin membaik pulih paip bocor di kawasan itu pagi tadi.

“Sejurus menerima panggilan, pihak polis telah bergegas ke lokasi berkenaan.

“Hasil siasatan menemui tengkorak dan beberapa rangka tulang yang dipercayai milik manusia,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Pihaknya telah melakukan pemeriksaan di kawasan sekeliling tetapi tidak menemui sebarang dokumen peribadi, pakaian, senjata atau sebarang kesan berlakunya jenayah.

“Kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung insiden ini diminta untuk menghubungi Sub Inspektor Lim Hooi Boon di talian 06-647 2222 atau (016-3318360),” tambahnya.

Muhammad Mustafah turut menasihati orang ramai untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mendatangkan kebimbangan awam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here