LONDON – Pemain Manchester United, Marcus Rashford gembira untuk kembali beraksi selepas menyempurnakan perpindahan secara pinjaman ke Aston Villa.
Menerusi Instagram miliknya, Rashford mengucapkan terima kasih kepada Manchester United dan Villa kerana menyempurnakan perjanjian pinjaman ini.
Pemain 27 tahun itu melengkapkan pemeriksaan kesihatan pada petang Ahad selepas bersetuju berpindah ke Villa Park, susulan dipinggirkan oleh pengendali United, Ruben Amorim.
Pemain England itu mengumpul 60 kap untuk The Three Lions dengan menyertai Villa sehingga tamat musim ini.
Marcus dipinjamkan sehingga akhir musim tetapi mempunyai pilihan untuk Villa menandatangani Rashford secara tetap dengan yuran dianggarkan sekitar 40 juta pound (RM221.28 juta).
Difahamkan Villa akan membayar 70 peratus gajinya sekarang, manakala pakej pinjaman termasuk bonus kemaraan dalam saingan Eropah dan kelayakan ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan.
Rashford tidak bermain untuk United sejak pertengahan Disember selepas tidak sehaluan dengan Amorim.
Dia bersama United sejak berusia lapan tahun dan tidak pernah bermain untuk kelab lain dalam karier bola sepak seniornya.
Rashford yang mengumpul 138 gol dalam 426 penampilan bersama skuad senior United apabila menyertai akademi kelab itu pada usia tujuh tahun dan menembusi skuad utama pada tahun 2016.
Sepanjang berada di Old Trafford, dia membantu kelab memenangi dua gelaran Piala FA, dua Piala Liga dan satu Liga Europa. – Agensi