Aminolhuda Hassan

JOHOR BAHRU – Perjuangan politik Pas yang meniupkan sentimen kaum dan menonjolkan diri sebagai pembela kepada satu kaum di negara ini disifatkan sebagai berbahaya.

Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Johor, Aminolhuda Hassan berkata, agenda dibawa Pas itu termasuk menabur fitnah melihatkan kelemahan mereka selain cuba menjejaskan Kerajaan Madani.

“Antara yang ketara dilemparkan pemimpin-pemimpin Pas adalah isu-isu fitnah dan acapkali umum ketahui, Pas gagal dalam saman hasil dari fitnah yang dilemparkan ke atas lawan mereka.

“Terbaharu adalah isu berkaitan dengan parti Amanah yang didakwa berasal daripada parti DAP, sememangnya ia amat mendukacitakan Amanah Johor.

“Ini adalah langkah tempang Pas dalam berhadapan dengan lawannya dan ia juga gambaran bahawa Pas mulai takut dengan sokongan daripada orang ramai terhadap Amanah,” katanya dalam kenyataan.

Ahli Parlimen Sri Gading itu berkata, langkah Pas tersebut tidak bertepatan sama sekali dalam konteks negara ini yang terbina hasil daripada semangat perpaduan pelbagai kaum tanpa menyisihkan sedikit pun kepentingan kaum Melayu.

Agenda Pas itu katanya, dilihat lebih berbahaya kerana dianggap sebagai pupus idea dan tenggelam dalam khayalan dunia fitnah mencari kelemahan Kerajaan Madani yang sudah ke hadapan ketika ini.

Katanya, Amanah Johor hari ini melihat Pas kini tiada lagi semangat bagi menyakinkan ahli serta penyokongnya dalam agenda menjadi pembangkang yang berkualiti.

“Saban hari rakyat dalam negara ini diperlihatkan dengan kenyataan dan tohmahan Pas yang hanya mewujudkan sentimen perpecahan serta menwujudkan zon ‘fear factor’ bagi menakutkan orang ramai dalam negara ini,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here