Seorang buruh didakwa atas pertuduhan merogol anak tirinya di Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang hari ini.

BUTTERWORTH – Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas tuduhan merogol anak perempuan tirinya pada Oktober tahun lalu.

Tertuduh yang berusia 53 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol seorang remaja perempuan yang merupakan anak tirinya ketika mangsa berusia 14 tahun.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 10.30 malam hingga 11.30 malam di bilik tidur kediaman mereka di Jalan Kampung Selamat, Tasek Gelugor di sini, pada Oktober 2024.

Tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun serta sebatan.

Ketika prosiding Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Rifaie Mohamed Riyaludin tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh atas faktor hubungan tertuduh dengan mangsa selain mereka tinggal serumah.

Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin selain menetapkan 4 Mac depan sebagai tarikh sebutan kes bagi mendapatkan laporan perubatan serta forensik. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here