Antara barang dan wang tunai dirampas dalam serbuan di Kampung Rawang, Sungai Mati, Tangkak semalam. - Foto Ihsan IPD Tangkak .

TANGKAK – Keseronokan 14 lelaki dan dua wanita bermain judi di belakang sebuah tokong di Kampung Rawang, Sungai Mati, di sini, terbantut apabila diserbu polis awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib berkata, serbuan pada pukul 1.45 pagi itu dilakukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak.

“Hasil serbuan berjaya menahan 14 lelaki dan dua wanita berusia lingkungan 35 hingga 65 tahun yang sedang bermain judi. Pihak polis turut merampas pelbagai peralatan judi dan sejumlah wang tunai.

“Antaranya 48 buah mahjong, dua batang pensil, tiga buah dadu, 91 keping cip warna unggu, 74 cip warna hitam/kuning, 23 keping cip warna merah, 15 keping cip warna biru dan wang tunai RM30,470,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Katanya, siasatan dijalankan bawah Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda RM5,000 atau penjara hingga enam bulan atau kedua-duanya.

Dalam pada itu, beliau berharap orang ramai tampil menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan judi atau aktiviti lain yang menyalahi undang-undang.

Tambahnya, sebarang maklumat boleh disalurkan menerusi talian hotline IPD Tangkak 06-9785222.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here