Logo Polis Diraja Malaysia

LUMUT – Seorang lelaki ditemui dalam keadaan telungkup dan tidak sedarkan diri di dalam tangki simpanan air di sebuah pelantar di Sungai Pinang Besar, Pulau Pangkor dekat sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner, Hasbullah Abd Rahman berkata, pihaknya telah menerima laporan polis daripada orang awam berhubung penemuan mangsa sekitar pukul 3.15 petang.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Polis Pangkor telah ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat tersebut bagi mengesahkan kejadian berkenaan.

“Siasatan awal di lokasi menemui seorang lelaki dalam keadaan telungkup dan tidak sedarkan diri di dalam tangki simpanan air.

“Pemeriksaan oleh pembantu pegawai perubatan Klinik Kesihatan Pangkor mengesahkan mangsa telah meninggal dunia dan mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian ini boleh salurkan ke Balai Polis Pangkor atau hubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung (IPD) Manjung di talian 05-688 6222 atau hotline Whatsapp 014-682 8005. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here