Mohd Effendy Abdul Ghani

KUALA LUMPUR – Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) melucutkan jawatan Mohd Effendy Abdul Ghani sebagai presiden atas kesalahan salah laku.

Pemangku Presiden MTUC, Datuk Dauzakaply Nor Ghazali berkata, perkara itu diputuskan pada Mesyuarat Majlis Am pada Ahad lalu selepas Jawatankuasa Disiplin membentangkan hasil siasatan salah laku Effendy.

Susulan keputusan itu, Effendy tidak dibenarkan bertanding dalam pemilihan pegawai MTUC selama dua penggal (enam tahun).

Selain itu, Effendy juga tidak dibenar mengguna, mewakili atau menghadiri apa-apa mesyuarat atau majlis atas kapasiti organisasi MTUC bermula 19 Januari 2025.

“Sebarang kenyataan daripada Mohd Effendy tidak boleh dianggap mewakili suara MTUC dan bukan tanggungjawab MTUC.

“Sebarang kenyataan beliau yang mengaitkan nama organisasi MTUC dianggap mencemarkan nama organisasi ini,” katanya tanpa memperincikan isu disiplin itu.

Jelasnya, keputusan ini dibuat secara kolektif seperti mana dalam Perlembagaan MTUC. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here