Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berucap pada Majlis Apresiasi Op Selamat 23 Sempena Tahun Baru Cina 2025 di Dewan Bankuet Persada Plus, Petaling Jaya, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 4 FEBRUARI 2025.

KUALA LUMPUR – Jumlah kes kemalangan jalanraya pada Op Selamat 23 yang berakhir 2 Februari menurun sebanyak 10 peratus.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, jumlah kes kemalangan bagi tahun lalu menurun 902 kes dengan 7,882 kes berbanding 8,784 kes.

“Jumlah kemalangan maut turut merekodkan penurunan dengan catatan berjumlah 64 kes berbanding 104 kes pada tahun 2024.

“Begitu juga jumlah kematian, mencatat penurunan dengan 66 kematian berbanding tahun 2024 iaitu sebanyak 117 kematian,” katanya kepada media selepas menghadiri majlis penutup Ops Selamat Tahun Baru Cina di Persada Plus, pagi tadi.

Op Selamat 23 yang bermula 28 Januari sehingga 2 Februari itu menyaksikan jumlah kematian bagi penunggang dan pembonceng motosikal masih kekal sebagai golongan yang mencatatkan angka korban tertinggi, iaitu seramai 47 kematian.

Bagaimanapun, jumlah ini menunjukkan penurunan berbanding Op Selamat 21 yang merekodkan 82 kematian.

Sementara itu, Op Selamat 23 mencatatkan 124,286 samanĀ  dikeluarkan berbanding 183,033 saman pada Op Selamat yang lalu.

“Jumlah tersebut menunjukkan penurunan dan ia dengan jelas menggambarkan bahawa tahap kesedaran dan kefahaman masyarakat semakin baik terhadap peraturan dan undang-undang lalu lintas,” jelas Razarudin.

Sepanjang Op Selamat 23 berlangsung, sebanyak 10,715 kenderaan terlibat dalam kemalangan.

Ia menunjukkan penurunan sebanyak 1,699 kenderaan bersamaan 14 peratus berbanding 12,414 kenderaan yang direkodkan semasa Op Selamat 21 edisi Tahun Baharu Cina 2024. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here