Gambar hiasan.

TAPAH – Seorang lelaki ditemukan lemas sewaktu memancing selepas dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Batang Padang, dekat sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Mohd Naim Asnawi berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan lelaki berusia 39 tahun itu sekitar pukul 5.50 petang.

Menurutnya, sepasukan anggota polis digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan tersebut

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa disyaki pergi memancing bersama dua rakan sekerja yang bekerja di Pasar Awam Tapah.

“Sewaktu melakukan aktiviti memancing dua rakan mangsa telah beralih ke lokasi lain untuk menjala ikan. Mereka kemudiannya kembali ke lokasi terakhir mangsa memancing dan mendapati mangsa tiada di kawasan berkenaan,“ katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, kedua-dua lelaki terbabit cuba mencari rakan mereka yang hilang dan menemuinya dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Mangsa disyaki lemas dan bantuan pertolongan kecemasan diberikan oleh rakannya. Bagaimanapun, mangsa tetap tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan selepas melakukan pemeriksaan.

“Mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tapah dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah disebabkan tidak cukup oksigen dalam badan.

“Kes diklafikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here