Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan terus memberikan penjelasan kepada Amerika Syarikat (AS) berhubung isu sekatan perdagangan termasuk eskport cip yang dikenakan negara itu terhadap Malaysia.

Menurut Perdana Menteri, penjelasan itu termasuk Malaysia sentiasa mengikut peraturan dan tidak pernah melanggar apa-apa persetujuan dan syarat-syarat perdagangan yang dikenakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Selain itu, tambah beliau, Malaysia juga sedang memperluaskan jaringan perdagangan supaya eksport cip negara tidak hanya bergantung kepada negara tertentu, sebaliknya turut membuka ruang kepada negara-negara lain.

“Kita tidak boleh pandang ringan (sekatan perdagangan daripada AS), sebab eskport E&E (elektrik dan kejuruteraan), cip dan semi konduktor Malaysia ke AS amat tinggi iaitu sekitar 26 peratus daripada keperluan AS.

“Saya setuju kita harus teliti dan ada jawatankuasa di peringkat tertinggi dan pengawasan oleh Menteri MITI supaya kesannya jika ada pun kecil ketimbang tekanan yang berlaku sekarang,” katanya pada sesi jawapan Menteri pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Anwar (PH-Tambun) menjawab soalan tambahan Datuk Seri Doris Sophia Anak Brodi (GPS-Sri Aman) berhubung implikasi terhadap syarikat di negara ini ekoran sekatan perdagangan oleh AS serta langkah yang diambil oleh kerajaan bagi menangani kesan ekoran sekatan tersebut.

Sebelum ini, AS dalam arahan terbaharu meletakkan Malaysia dalam kategori negara Tahap 2 berhubung akses terhadap eksport cip kecerdasan buatan (AI) negara itu.

Secara umumnya, arahan itu bermaksud syarikat dari negara ini tidak diberikan akses secara penuh kepada cip pusat data berteknologi tinggi yang dibangunkan AS.

Selain Malaysia, negara lain yang termasuk dalam kategori Tahap 2 adalah Singapura, Israel, dan Arab Saudi yang kini bakal dikenakan syarat-syarat lebih ketat kepada akses cip AI tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here