Panglima Angkatan Tentera ke-23, Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaffar menyampaikan ucaptama sempena majlis Sambutan Mula Tugas dan Ucaptama Panglima Angkatan Tentera ke-23 di Wisma Pertahanan , Kuala Lumpur. Foto HARI ANGGARA, 04 FEBUARI 2025.

KUALA LUMPUR – Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaffar akan memberi keutamaan dan memastikan persepsi terhadap Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertambah baik.

Beliau berkata, pengendalian persespsi dalam kalangan anggota dan masyarakat akan dapat ditangani melalui pembuktian berdasarkan usaha dan khidmat ATM yang memberi impak.

“Keutamaan saya adalah mengurus persepsi, pelbagai persepsi mengenai ‘Who you (ATM) are, where you are dan backgrouund’. Persepsi ini yang perlu kita lihat dan perlu kita perhalusi dan urus sebaik mungkin.

“Pengurusan persepsi ini akan dilakukan kita bersama-sama dalam ATM begitu juga dengan aktiviti lain untuk kita jelaskan. Kita mahu buktikan.

“Kalau kita tengok di media sosial ada yang tertanya-tanya ada yang kurang informasi ini yang kita buat, kita jelaskan apa yang kita buat dan siapa kita dengan hala tuju yang boleh lebih diperjelaskan,” katanya selepas Majlis Ucaptama Panglima Angkatan Tentera (PAT) di Wisma Pertahanan, hari ini.

Mohd Nizam tidak menolak kemunkinan terdapat tomahan yang direka menerusi media sosial termasuklah platform Telegram Edisi Siasat.

Bagainabaimanapun beliau berkata, ia akan dapat ditangani dengan membuktikan usaha ATM dalam menjalankan khidmat secara berkredibliti kepada masyarakat.

“Untuk memaklum balas apa-apa tomahan yang ditimbulkan oleh Edisi Siasat kami akan buktikan dari segi tindakan kami sewajarnya.

“Kami tidak akan terus menjawab kepada Edisi Siasat tetapi kami membuktikan kami badan berkuasa yang berkredibiliti dan ATM pertubuhan yang utuh dan pentadbiran dilaksanakan sewajarnya.

“Tomahan ini pada masa ini seperti dunia tanpa sempadan, kami akan buktikan apa-apa tomahan tidak benar,” tambahnya.

Sehubungan itu katanya, hebahan maklumat mengenai usaha-usaha ATM perlu dipertingkatkan agar dapat membantu menangani persepsi yang pelbagai termasuklah fitnah yang dimainkan di media sosial.

“Sebab itu interaktif bersama media itu sangat penting. Kami akan adakan kajian pelaksanaan, impak suatu pelaksanaan itu apa.

“Bukan persepsi tidak baik tapi bila kita melihat media sosial sentiasa ada isu yang dibangkitkan banyak sangat. Terlalu banyak isu dimainkan kadang kala isu itu tidak wujud pun.

“Kadang kala ada isu yang sengaja digembar-gemburkan untuk lihat reaksi kita. Perkara yang tidak begitu serius kami tidak respon tapi tunjukkan melalui aktiviti yang dilaksanakan secara sendirinya menunjukkan apa yang disampaikan tidak elok sebenarnya tidak wujud,” tambah beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here