KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 dan RON95 masing-masing kekal bagi tempoh 6 hingga 12 Februari ini.
Kedua-duanya kekal pada harga RM3.43 dan RM2.05 seliter.
Menurut Kementerian Kewangan, dalam masa yang sama, harga runcit diesel di Semenanjung dan Sabah, Sarawak termasuk Labuan juga kekal bagi tempoh yang sama iaitu masing-masing 3.18 seliter dan RM2.15 seliter.
“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata kementerian itu. – MalaysiaGazette