Majlis Perasmian Program “Jom Pickleball Bersama DBKL” telah berlangsung di Pusat Komuniti Bukit Damansara, Kuala Lumpur, dan disempurnakan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan serta YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Program ini bertujuan memperkenalkan sukan pickleball kepada masyarakat, menggalakkan gaya hidup sihat, serta memupuk semangat kesukanan. DBKL juga telah menyediakan beberapa gelanggang pickleball di sekitar Kuala Lumpur bagi menyokong perkembangan sukan ini.