Tangkap layar menunjukan mangsa terjatuh sebelum menghempap replika dekorasi Tahun Baharu Cina di sebuah pusat beli belah di Persiaran Gurney, Pulau Pinang.

GEORGE TOWN – Seorang pelancong warga Amerika Syarikat (AS) cedera di kepala selepas terjatuh dari tingkat tujuh sebuah pusat beli belah di Persiaran Gurney di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung pada pukul 1.55 tengah hari sebelum sepasukan polis digerakkan ke lokasi bagi menjalankan siasatan.

“Mangsa berusia 25 tahun itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang dengan menaiki ambulans dalam keadaan separuh sedar pada jam 2.20 petang bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Mangsa dipercayai mengalami kecederaan di bahagian kepala akibat terjatuh dari tingkat tujuh bangunan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

MalaysiaGazette difahamkan, mangsa memasuki negara bagi tujuan melancong sejak 1 Februari lalu.

Tambah Abdul Rozak, siasatan lanjut termasuk di lokasi kejadian mendapati tiada unsur jenayah dalam kes tersebut.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mendatangkan kegusaran dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Terdahulu, tular rakaman video serta beberapa keping gambar mangsa terjatuh sebelum menghempap replika dekorasi Tahun Baharu Cina di tingkat bawah pusat beli belah tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here