KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menggempur sebuah premis medan selera di Pusat Bandar Puchong yang diusahakan warga asing Myanmar dan Bangladesh pada Selasa lalu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, serbuan dibuat berdasarkan aduan awam dan risikan yang dijalankan selama seminggu.

Menurutnya, ketika serbuan seramai 58 ditahan didapati berselindung dengan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang telah tamat tempoh serta pemegang kad pelarian UNHCR.

“Yang ditahan terdiri daripada 31 lelaki dan 10 wanita Myanmar, dua lelaki dan seorang wanita Indonesia, sembilan lelaki Bangladesh, empat lelaki India dan satu lelaki Vietnam.

“Kesemua warga asing yang ditahan berusia di antara 18 hingga 40 tahun ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya menerusi kenyataan.

Semua yang ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Sek. 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155), Sek. 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan Per. 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

Jelas Zakaria, medan selera yang digempur itu beroperasi di atas tanah persendirian yang berkeluasan 1.6 hektar.

Terdahulu katanya, serbuan dilakukan oleh Bahagian Penguatkuasaan JIM dibantu oleh pegawai dari Jabatan Pendaftaran Negara dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APMM), Bahagian ATIPSOM dan AMLA.

“Pasukan operasi dengan kekuatan seramai 95 pegawai pelbagai pangkat telah diatur gerak ke premis tersebut dan memeriksa seramai 102 individu yang terdiri daripada warganegara asing dan warganegara tempatan,” katanya lagi.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here