Tangkap layar menunjukkan sebuah kereta BMW melanggar penunggang motosikal sebelum melarikan diri di BORR, Pulau Pinang.

BUTTERWORTH – Pemandu BMW yang melarikan diri selepas melanggar penunggang motosikal wanita dalam kejadian di Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) menghala Bagan Ajam di sini, pada Khamis lalu telah menyerah diri.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, lelaki berusia 28 tahun itu tampil menyerah diri di Balai Polis Trafik Cawangan Seberang Perai Utara semalam.

“Lelaki yang bekerja sebagai pengurus itu direman selama sehari sebelum dibebaskan dengan jaminan polis hari ini. Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya hari ini.

Media sebelum ini melaporkan polis mengesan pemandu BMW selepas satu video rakaman kamera papan pemuka (dashcam) tular di media sosial memaparkan insiden langgar lari.

Video berdurasi 21 saat itu memaparkan wanita yang menunggang sebuah motosikal terjatuh di atas jalan selepas dilanggar pemandu kereta BMW berwarna putih kira-kira jam 8.44 pagi.

Pemandu berkenana dilihat melarikan diri susulan insiden tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here