Bacaan IPU Kulim, Kedah merosot disebabkan pembakaran terbuka di dua ladang kelapa sawit.

KULIM – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah mendedahkan kegiatan pembakaran terbuka di dua ladang kelapa sawit punca kualiti udara di Kulim Hi-Tech mencatatkan bacaan tidak sihat dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah lebih 100 semalam.

Pengarahnya, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, selain bacaan IPU, pihaknya turut menerima beberapa aduan tentang keadaan kualiti udara yang kurang memuaskan di kawasan berkenaan daripada orang awam.

Jelasnya, bertindak atas maklumat pihaknya menjalankan siasatan di lokasi aduan yang diterima iaitu berhampiran Taman Kulim Utama.

“Hasil siasatan mendapati terdapat asap kebakaran berpunca dari pembakaran terbuka melibatkan beberapa longgokan sisa biomas kelapa sawit di dua ladang bersebelahan fasa baru Kulim Utama dan berhampiran Kampung Sungai Ular.

Pihak bomba bantu padamkan pembakaran tersebut.

“Susulan itu, kita memaklumkan kejadian kepada pihak bomba dan kebakaran tersebut telah dipadamkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Sharifah Zakiah, bacaan terkini IPU di Stesen Kulim High Tech adalah 82 (Sederhana) dengan pencemar dominan adalah PM2.5 (habuk halus).

“Pendedahan kepada PM 2.5 pada tahap tinggi atau tidak sihat boleh memberi impak kacau ganggu serta impak kesihatan jika pendedahan berterusan.

“JAS Kedah akan terus memantau bacaan IPU di Kulim dan bacaan ini dijangka akan terus menurun selepas punca kebakaran dipadamkan.

“Kita juga akan menjalankan siasatan terhadap pengusaha ladang berkenaan mengikut Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here