KUANTAN – Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) menerima anugerah The Malaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori Most Wildlife Box Culverts Crossings in a Single Railway Project.
Sebanyak 28 kotak pembetung lintasan hidupan liar telah dibina untuk memudahkan hidupan liar seperti gajah, tapir, harimau dan beruang matahari melintasi jajaran rel ECRL dengan selamat.
Pengiktirafan tersebut sekali gus membuktikan komitmen MRL dalam memajukan usaha SDG melalui inisiatif yang inovatif dan berkesan.
Sesi penyerahan sijil diadakan semasa Majlis Pelancaran SDG Sukuk Impact Reporting bagi Projek ECRL yang dianjurkan bersama pihak MRL dan CCC-ECRL di tapak ECRL Seksyen 10 di sini, semalam.
SDG Sukuk Framework telah dirangka sebagai garis panduan bagi memastikan penggunaan pembiayaan sukuk murabahah memenuhi keperluan yang telah digariskan seiring dengan matlamatnya ke arah menyumbang kepada kelestarian ekonomi, sosial dan alam sekitar.
Pada majlis tersebut, wakil MBOR menyerahkan sijil pengiktirafan kepada Ketua Pegawai Rksekutif MRL, Datuk Seri Darwis Abdul Razak.
Terdahulu majlis tersebut dilancarkan oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan hadir sama, Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan, Datuk Ir. Razali Kassim.
MRL, anak syarikat milik penuh Menteri Kewangan, telah menunjukkan komitmen yang berterusan dalam melaksanakan projek berimpak tinggi dibawah Rancangan Malaysia Ke-11 dan Ke-12.
Is sejajar dengan aspirasi negara dan nilai-nilai Malaysia MADANI untuk pembangunan mampan serta pertumbuhan ekonomi yang inklusif.
Projek ECRL siap sepenuhnya dan mula beropersi pada 1 Januari 2027 nanti. – MalaysiaGazette