KUALA LUMPUR- Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan Notis Usul mendapatkan Kebenaran untuk Merayu di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung titah adendum
Tegasnya, keputusan memfailkan usul itu adalah berasaskan beberapa premis penting seperti pencanggahan dalam tafsiran undang-undang antara keputusan Mahkamah Tinggi dan penghakiman majoriti dan minoriti di Mahkamah Rayuan.
Jelasnya, perkara itu menimbulkan keperluan untuk mendapatkan kepastian dan undang-undang yang jelas daripada Mahkamah Persekutuan.
Selain itu, AGC berpendapat rayuan kepada Mahkamah Persekutuan itu perlu dalam demi kepentingan isu undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Katanya, isu yang dibangkitkan melibatkan persoalan undang-undang signifikan serta mempunyai kepentingan awam yang wajar dibicarakan dan diputuskan oleh mahlamah tertinggi negara.
ARTIKEL BERKAITAN
https://malaysiagazette.com/2025/01/06/keputusan-2-1-najib-dapat-kebenaran-cabar-titah-adendum/
“Langkah ini bertujuan untuk memastikan semua hak yang diperuntukkan oleh undang-undang dapat dilaksanakan sepenuhnya.
“AGC percaya bahawa langkah ini bukan sahaja penting untuk memastikan keadilan dalam kes ini tetapi juga bagi menegakkan prinsip keluhuran Perlembagaan dan undang-undang serta memperjelas tafsiran undang-undang bagi manfaat semua pihak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada 6 Januari lalu membenarkan Datuk Seri Najib Tun Razak mencabar titah adendum bagi membolehkan beliau menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun dalam tahanan rumah.
Dengan keputusan majoriti 2-1, panel bersidang membenarkan rayuan bekas Perdana Menteri untuk memulakan prosiding semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi dalam usaha mengesahkan kewujudan titah berkenaan.- MalaysiaGazette