Pas Zahid LGBT Khairuddin penasihat agama bertanding Malaysia sekular
Mohd Khairuddin Aman Razali

KUALA LUMPUR – Berselindung di sebalik komen netizen untuk menggelarkan Perdana Menteri sebagai ‘arwah’  (orang-orang yang telah mati) adalah tindakan yang tidak wajar dan tidak patut dilakukan oleh  wakil rakyat. 

Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO (MUU), Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, Ahli Parlimen sepatutnya bijak menggunakan bahasa atau kiasan yang lebih sopan.

“Sangat tidak elok bagi seorang ahli parlimen Islam apatah lagi bergelar ustaz menggelar sesama pemimpin politik sebegitu kerana ia seolah mendoakan kematian seseorang walau atas niat sindiran.

“Carilah bahasa sindiran lain yang lebih sopan untuk mengkritik sesama ahli Parlimen,” katanya menerusi kenyataan.

Baru-baru ini Ahli Parlimen Permatang Pauh, Muhammad Fawwaz Mohammad Jan (Pas) ketika menyampaikan ucapan perbahasan Titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat menyifatkan seolah-olah Perdana Menteri sudah meninggal dunia.

“Netizen mengatakan, ini netizen kata, kalau arwah ada mesti rakyat tidak susah seperti sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyentuh kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat dalam masa yang sama bakal berdepan kenaikan tarif elektrik.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here