Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan pelajar dan kakitangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebelum menunaikan solat jumaat di UiTM campus Dengkil, Selangor. Foto MUHAIMIN MARWAN, 24 JANUARI 2025

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan hadir di tiga program santuni rakyat di sekitar Melawati dan Batu Caves esok.

Perdana Menteri itu berkata, beliau akan memulakan program esok dengan solat Jumaat bersama rakyat Ampang di di Masjid Al-Mardhiyah, Taman Melawati.

“Usai Solat Jumaat, saya akan terus menyantuni dan makan tengah hari bersama rakyat di Medan Selera Anjung, Taman Melawati.

“Saya kemudiannya akan terus ke Batu Caves dan bertemu komuniti India, selain melawat kawasan sekitar yang akan menjadi tumpuan sempena Thaipusam kelak,” katanya di Facebook beliau.

Anwar dijadualkan berada di Batu Caves jam 3 petang bagi membuat tinjauan untuk memastikan kemudahan di situ benar-benar selesa dan dalam keadaan baik sempena Thaipusam, 11 Februari depan.

Program makan tengah hari dan solat Jumaat merupakan rutin mingguan bagi Anwar untuk bersama-sama dengan rakyat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here