Bapa kepada kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matin, Zaim Ikhwan Zahari (kanan) tiba di perkarangan Mahkamah bagi sambungan perbicaraan atas tuduhan menganiaya anak mereka di Kompleks Mahkamah, Petaling Jaya. Foto HARI ANGGARA, 05 FEBUARI 2025.

PETALING JAYA – Saksi ketujuh perbicaraan kes pengabaian kanak-kanak, Zayn Rayyan Abdul Matiin mengejutkan galeri Mahkamah Sesyen di sini apabila menganggap kehilangan mangsa kerana diculik dan disorok syaitan.

Saksi tersebut, Ahmad Nur Syaruddin Mad Zawawi berkata, sebagai orang Islam dia percaya wujudnya alam ghaib.

Ahmad berkata demikian bagi menjelaskan mengapa dia bersama dua lagi individu mencari Zayn Rayyan kawasan belukar belakang Blok R pangsapuri itu sebelum mayat kanak-kanak itu ditemui di aliran sungai pada 6 Disember 2023.

“Kita sebagai orang Islam percaya kepada perkara mistik seperti hantu dan syaitan. Kita masih percaya perkara itu. Masa awal kehilangan, saya sangka dia disorok oleh hantu,” katanya.

Ahmad berkata demikian pada hari keempat prosiding perbicaraan kes pengabaian dihadapi ibu bapa Zayn Rayyan iaitu Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.

Ketika disoal balas peguam Haresh Mahadevan yang mewakili pasangan suami isteri itu, sekali lagi Ahmad mengulangi kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, Ahmad juga mendedahkan bapa Zayn, Zaim ‘meracau dan mencarut’ selepas penemuan mayat anaknya pada hari tersebut.

“Memang saya tidak ingat tapi dia (Zaim) meracau dan mencarut selepas datang ke lokasi penemuan mangsa. Anggota polis kemudian tidak benarkannya mendekati kawasan tersebut,” ujarnya.

Prosiding akan bersambung esok.

Pada 13 Jun 2024, Zaim Ikhwan dan Ismanira didakwa dan mengaku tidak bersalah mengabaikan Zayn Rayyan.

Mengikut pertuduhan, sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anak mereka yang berusia enam tahun, pasangan tersebut didakwa bersama-sama mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here