BANGKOK- Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) mengesahkan tiada minuman ringan yang tercemar dengan klorat dari kilang pembotolan Coca-Cola di Eropah telah diimport ke Thailand.
Klorat merupakan hasil yang terbentuk apabila bahan pembasmi kuman berasaskan klorin digunakan dalam rawatan air dan pemprosesan makanan.
Bulan lalu, Coca-Cola telah menarik balik sebahagian daripada minuman ringannya di Eropah selepas mengesan paras klorat yang tinggi dalam produk dari kilangnya di Ghent, Belgium.
Timbalan Setiausaha Agung FDA, Lertchai Lertvut yang mengesahkan perkara itu berusaha gigih untuk meredakan kebimbangan orang ramai yang semakin meningkat susulan laporan tersebut.
Katanya, FDA telah menjalankan siasatan dan mendapati bahawa tiada minuman ringan Coca-Cola dari kilang di Belgium yang diimport ke Thailand.
Jelas beliau, sebahagian besar minuman ringan yang diimport berasal dari negara-negara ASEAN lain seperti Laos dan Singapura, kata Lertchai.
Coca-Cola dalam satu kenyataan menyatakan bahawa penarikan balik produk hanya melibatkan Belgium, Luxembourg, dan Belanda.
Beliau turut menegaskan, FDA menjalankan pemeriksaan ketat terhadap semua import makanan dan minuman serta melakukan pemeriksaan secara rawak bagi memastikan produk memenuhi piawaian keselamatan.- AGENSI
IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast