Sebuah helikopter Jenis Bell 206 - L4 terbakar selepas hilang kawalan ketika melakukan pendaratan untuk mengisi bahan bakar di Bentong Fruits Farm jalan lama Kuala Lumpur - Bentong hari ini. Seorang jurutera warga asing maut di tempat kejadian selepas terkena serpihan bilah helikopter tersebut. Foto MUHAIMIN MARWAN, 6 FEBRUARI 2025

KUANTAN – Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) telah selesai melakukan siasatan di lokasi nahas helikopter Bell 206LA terhempas yang mengorbankan seorang mangsa di Bentong semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superitendan Zaiham Mohd Kahar mengesahkan proses tersebut berlangsung selama kira-kira lima jam berakhir pada pukul 3.30 petang tadi.

“Perkembangan mengenai hasil siasatan akan dikeluarkan oleh pihak BSKU Kementerian Pengangkutan nanti manakala bagi bangkai pesawat pula, pihak Ibupejabat Daerah (IPD) Bentong dan BSKU telah menyerahkan kepada Malaysian Helicopter Services Aviation (MHS) untuk tindakan lanjut pihak mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zaiham turut memaklumkan bedah siasat ke atas mangsa terlibat di Hospital Bentong juga telah selesai kira-kira pukul 3 petang tadi.

Beliau berkata, punca kematian adalah disebabkan terkena bilah kipas di kepala mangsa susulan kejadian helikopter terhempas itu.

“Pengecaman mayat mangsa juga telah dilakukan oleh bapa saudara kepada mangsa pada kira-kira pukul 3.30 petang tadi,” tambahnya lagi.

Terdahulu, sebuah helikopter Bell 206L4, nombor pendaftaran PK-ZUV dilaporkan mengalami kemalangan di tapak pendaratan helikopter berhampiran Bentong pada pukulĀ  10.26 pagi semalam ketika sedang menjalankan penerbangan kerja udara.

Kemalangan tersebut mengorbankan seorang kru darat manakala juruterbang helikopter dilaporkan selamat. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Helikopter terhempas: MHS Aviation sedia kerjasama dengan pihak berkuasa

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here