Bekas Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert. - SUMBER FOTO: AP File (Uriel Sinai)

WASHINGTON – Bekas Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert menolak cadangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk “mengambil alih” Gaza.

Dalam program World News America di BBC, Olmert berkata, rancangan Trump itu tidak dapat dilaksanakan kerana wilayah itu bukan milik Israel untuk diserahkan kepada sesiapa.

Tambahnya, beliau menyambut baik bantuan AS untuk membina semula Gaza, tetapi hanya jika ia dibina oleh dan untuk rakyat Palestin.

“Saya dengar Amerika mengharapkan Israel menyerahkan Gaza kepada mereka. Kami tidak boleh melakukannya kerana kami tidak memilikinya: Gaza bukan milik kami (Israel). Gaza milik Palestin,” katanya seperti dipetik laporan berita antarabangsa. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here