Aaron Ago Dagang (kanan) dan Dr Mohd Na'im Mokhtar.

KUALA LUMPUR – Jemaah Menteri hari ini bersetuju membenarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memberikan nasihat melibatkan umat Islam di rumah ibadat bukan Islam.

Namun nasihat tersebut tidak bersifat dasar.

Keputusan itu diputuskan selepas Jemaah Menteri membincangkan cadangan pelaksanaan garis panduan bagi majlis melibatkan umat Islam di rumah ibadat bukan Islam hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang dalam kenyataan bersama berkata, mesyuarat telah meneliti mengenai kekeliruan berkaitan cadangan tersebut.

Perkara ini berbangkit susulan beberapa pertanyaan daripada umat Islam tentang jemputan ke majlis anjuran masyarakat bukan Islam yang mungkin melibatkan unsur-unsur keagamaan.

Bagi memberi panduan kepada umat Islam, Jakim telah mengambil inisiatif membangunkan garis panduan tersebut.

“Jemaah Menteri juga mengingatkan setiap dasar yang dirangka perlu mengambil kira aspek perpaduan nasional serta mendapatkan kelulusan Kabinet terlebih dahulu.

Pada masa yang sama, Kementerian Perpaduan Negara akan terus menyemarakkan pelaksanaan Dialog Harmoni bagi memperkukuhkan keharmonian dan menggalakkan interaksi antara penganut pelbagai agama di negara ini,” kata mereka dalam kenyataan tersebut.

Jelas mereka, prbincangan yang inklusif dengan mengambil kira sensitiviti semua pihak adalah amat penting dalam membina kesepaduan nasional.

Justeru, segala perkara berkait rapat dengan keharmonian antara penganut agama akan dibincangkansecara lanjut dalam Mesyuarat Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (JK HARMONI) yang dipengerusikan bersama.

Untuk makluman, Mesyuarat JK HARMONI Bil 1/2025 turut dijadualkan pada bulan ini akan mendengar segala pandangan ahli – ahli yang terdiri 24 wakil penganut agama (Islam, Buddha, Hindu, Kristian, Sikh, Tao, Baha’i).

“Malaysia sebagai sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian telah lama menjadi contoh perpaduan dan keharmonian kepada dunia. Kerajaan Madani
menyedari bahawa kestabilan negara bergantung kepada kesejahteraan rakyat yang hidup dalam suasana yang aman dan harmoni. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here