Kakitrangan MBPP memungut dan membersihkan 4.4 tan sampah dari sebuah kediaman di daerah Barat Daya, Pulau Pinang semalam.

GEORGE TOWN – Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) memungut 4.4 tan sampah sarap menerusi  operasi pembersihan di sebuah rumah di daerah Barat Daya dekat sini semalam.

MBPP dalam kenyataan berkata, sampah yang terdiri daripada barangan plastik, botol minuman dan kotak itu diklasifikasikan mengikut kategori bernilai dan dihantar ke pusat kitar semula namun disebabkan pemilik rumah berkenaan mengalami masalah kesihatan, pengurusan sampah semakin sukar dilakukan.

“Operasi yang melibatkan enam lori besar ini dilakukan setelah menerima aduan daripada penduduk yang bimbang dengan masalah keselamatan dan kesihatan di kawasan sekitar terutama berhubung wabak denggi.

“Selain itu, pemilik rumah terbabit juga dikenakan caj perkhidmatan sebanyak RM2,021.74 untuk semua kerja pengutipan, pengangkutan dan pelupusan sampah.

Operasi pembersihan itu mengambil masa lebih lima jam.

“Operasi ini juga disertai oleh Pejabat Kesihatan Daerah Barat Daya Pulau Pinang yang mengeluarkan Notis di bawah Seksyen 8, Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 kepada pemilik rumah,” katanya hari ini.

Mengulas lanjut, MBPP berkata, seramai 20 petugas MBPP yang digelar ‘wira baju kuning’ terlibat dalam operasi pembersihan tersebut yang bermula pukul 8.40 pagi sehingga 1.30 tengah hari.

“MBPP turut mengingatkan pemilik rumah supaya tidak membawa masuk sampah sarap baru dan segera menguruskan pelupusan baki sampah yang masih ada bagi mengelak dikenakan tindakan penguatkuasaan,” katanya.  – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here