KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$116.4 bilion pada 31 Januari 2025 berbanding AS$115.5 bilion pada 15 Januari lalu.
Paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.0 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. – MalaysiaGazette